Pentaksiran elemen iltizam dinilai berdasarkan dua Aktiviti
Pentaksiran elemen iltizam dalam bentuk
aktiviti bertujuan untuk mentaksir pengalaman, penghayatan dan keterlibatan
yang bersungguh-sungguh calon dalam aktiviti yang dipertanggungjawab.
Aktiviti 1– Tugasan Harian
(a) Calon dikehandaki membuat tugasan seperti menulis
karangan, menulis laporan hasil kerja amal, mendapatkan maklumat dari pusat
sumber, membuat rencana tentang kegiatan sosial masyarakat dan lain-lain
berhubung dengan pembelajaran Pendidikan Moral.
(b) Tugasan yang diberikan hendaklah berasaskan nilai yang
hendak dikesan dan dikaitkan dengan isu-isu semasa. (Mestilah masukkan sekurang-kurangnya
2 nilai moral dan digariskan).
(c) Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan
kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan moral.
(d) Penulisan untuk tugasan harian ini boleh dijalankan pada
bila-bila masa.
(e) Setiap tugasan mestilah dibuat pada kertas A4 dan ditulis
lebih kurang 250 patah perkataan.
(f) Calon hendaklah mendokumentasikan sekurang-kurangnya 8
hasil tugasan harian yang terbaik dan dijadikan folio.
Contoh Isu
- isu pencemaran alam
- isu penderaan
- pembuangan bayi
- masalah keruntuhan akhlak
- masalah disiplin pelajar
Aktiviti 2 – Kerja Amal
Calon dikehandaki melibatkan diri dalam empat
aktiviti Kerja Amal yang berkaitan dengan tiga bidang pembelajaran Pendidikan
Moral iaitu:
BIDANG
|
BILANGAN AKTIVITI
|
Perkembangan Diri
|
1 aktiviti
|
Kekeluargaan
|
1 aktiviti
|
Alam Sekitar
|
2 aktiviti
|
Calon dikehendaki melampirkan satu sijil
penghargaan /surat perakuan yang sah dan satu gambar
setiap aktiviti atau apa-apa bahan yang boleh dijadikan bukti penglibatan
Kerja Amal yang telah dilakukan. Tulis laporan sahaja tidak diakui membuat
kerja amal.
Contoh kerja amal:-
perkembangan diri
-aktiviti kokurikulum (sukan / persatuan)
-Pembimbing Rakan Sebaya ( mengajar kawan )
-ceriakan papan kenyataan sekolah
-membaikpulih perabot sekolah
-mengumpul bahan bacaan untuk perpustakaan
-perkhemahan
-membuat kerja bakti di rumah kebajikan
-keceriaan kelas
Bidang Kekeluargaan
- Sambutan hari jadi – sediakan, bersihkan
tempat.
- Melancong bersama keluarga – bawa beg,
sediakan makanan, aktiviti menyediakan tapak berkelah
- Sambutan hari ibu bapa – sediakan kek, tempat
dll
- Majlis perkahwinan
- Membantu anggota keluarga membuat kerja rumah
Contoh: bersihkan rumah, bersihkan pinggan
mangkuk
Alam Sekitar
- Gotong Royong
- Kitar semula
- Menceriakan / mengindahkan / mencantikkan
kawasan kediaman .
- Memelihakan & memulihkan taman mini
sekolah
- Membersihkan taman rekreasi
Kerja-kerja amal lain yang memberi kebaikan
untuk kepentingan keluarga dan masyarakat.
Cara Menyediakan Penilaian Folio
(a) Pendokumentasian folio mesti mengikut
cara berikut:
(i) Kulit folio
Kerja kursus Pendidikan Moral SPM (1225/2)
Tahun _
Nama:
Nombor Kad Pengenalan:
Angka Giliran:
(ii)Isi kandungan [ muka surat
1]
-Tajuk Tugasan [8]
No comments:
Post a Comment